- HEAR me -

I saw you look away
Is what you've seen too much to take
Or are you blind and seeing nothing?

-Bullet For My Valentine : Hands Of Blood-

My heart is worn out to keep beating
My lungs exhausted by all this breathing
My mind's too tired to keep grieving
My throat is too sore for more screaming
My eyes too swollen for more weeping
My wounds are too dry for more bleeding
My blood too drained for more streaming

-Sentenced : My Slowing Heart-

-My Cloud-

This is

.blogspot.com

You sure you didn't ended up here by accident?



READERS?


!!awak.
( Sunday, October 11, 2009 )

Suatu petang, tengah seronok melayan perasaan, tiba2 aku didatangi oleh msg2 peribadi dari perisian chatting facebook. sila ikuti episod pertelingkahan antara kami, aku siarkan bukan bertujuan nk mengaibkan, bukan betujuan nk tentukan menang kalah, cuma aku rasa punca pertelingkahan agak remeh dan aku langsung x berpeluang untuk mempertahankan diri.

awak. kalau awak baca ni, bacalah smpai habis, apis harap warkah kali ni dapat melegakan kemarahan awak. apis harap jugak warkah kali ini dapat selesaikan episod pertelingkahan dalam drama perhubungan kita. saya harap awak baca smpai habis. warkah kali ini ditujukan khas untuk awak. anggaplah warkah ni medium apis meminta maaf dengan awak secara tidak langsung. apis x pernah berharap hubungan kita tamat dengan episod macam ni.


xxx:awat yg smbng
xxx msge pn x blas
msge mntak tlng pun x blas

aku:hu?

xxx:apa ni

aku:bila xxx msg?
simcard ni problem skit

xxx:tnya pula
kita msge dia wat bodo
ja
kan
msalah la kalau orng mcm ni

aku:slalu jadi inactive simvcard
x mau percaya sudah

xxx:x payah bg alasan ckp ja xmau tlng
muka xxx ni muka mntak tlng
jd x payah la blas
kan

aku:ikut suka la nk kata apa

xxx:kawan knon

aku:apis x tipu pn

xxx:tau la dah x mau tolong xxx
k x pa
xxx ingat

aku:hmm

xxx:tau la muka ni ja mntak tlong
tu yang lagsung x masge
kan
kan

aku:apis xdpt pn msg xxx
penah ka apis saja2 x reply?

xxx:itu apis ja ynag tau
kejujuran apis nak blas how
smua tu apis ja tau

aku:ok, so xxx x percaya apis x dpt sms xxx?

xxx: xkan tak dapt
mana nak caya kalu xxx msge then delivry msge afda
ada
dah msge yg dhantar dah deliver
how?


aku:tu la apis ckp, simcard ni problem
xkan apis saja2 x reply

xxx:ahh
dal la
wasalam

aku:hmm

xxx:xxx mnyessal *mntak tlg* dkt apis

aku:kenapa?
sebab skang xxx x percaya kt apis dah?
mcm tuh?
sebab apis x reply msg xxx?
sebab apis tipu ckp apis x dpt msg xxx?

xxx:ya
maaf la kalu xxx mnggu hidup apis selama ni
lepas ni xkan ganggu lagi
xkan cr lagi
*omitted*

aku:xxx, apis penah ka kata xxx kacau idup apis?
*omitted*
?

xxx:x pa
x pa la
x pnah kata tp mngkin ya
kan
k
wasalam

aku:hmm.

xxx:tolong delete num xxx
k
*omited*

aku:xxx, apis x suka la gaduh2 ni, ada problem bgtau
pasal sms xxx tuh, apis mmg x dapat
apis x tipu pn

xxx:xxx muka msalah ka
dah la
xxx rasa xxx ja yg duk msge apis
x pa la
wasalam

aku:xxx is no longer online. The following was not sent:
hmm. xxx igt, kalo xx x bukakan pntu, org x bleh masuk rumah, ok? (send as a message)


so, episod pertelingkahan kami terhenti setakat itu. aku tatau apa nk buat




Warkah untuk awak.

Awak.
Awak cakap awak yang selalu hubungi saya,
tp xkan awak lupa apa yg jadikan semua ini mungkin.

Awak.
Kita x pernah bertentang mata walaupon kita 2 tahun berkongsi kelas.
tp Alhamdulillah, selepas tamat zaman persekolahan, awak ada hadir ke majlis perjumpaan rakan2 sekelas.
dan kita lebih mengenali satu sama lain sejak dari itu.

Awak.
kita x pernah bertutur secara langsung walaupon 2 tahun kita mengikuti pelajaran yang sama.
tp Alhamdulillah, dunia cyber telah merapatkan jurang antara kita.
selalu kita bertemu di dunia cyber dan saling berkongsi perasaan dan pendapat.

Awak.
saya jarang dengar suara awak walaupon 2 tahun awak duduk dihadapan kelas, dan saya dibelakang.
tp Alhamdulillah, teknologi komunikasi telah mendekatkan suara awak kepada saya.
kadang kita bebual di telefon, seronok bercerita tentang episod kehidupan.


Awak.
x pernah kita berutus surat, walaupun bertahun kita duduk di bandar yang sama.
tp Alhamdulillah, sms menjadi pengganti.
selalu kita berganti sms, yg mencoret kisah suka dan duka kita.

Tapi awak.
kadang saya lewat atau terlupa membalas sms awak. bukan semua nya adalah kelalaian diri ini. kadang ada masalah dengan alat komunikasi, kadang mgkin saya sedang sibuk dengan tugasan diberi, kadang mungkin saya sedang merehatkan diri. saya harap, perkara2 begini x menjadi benteng dalam kita terus berhubung.

Awak.
Saya x pernah berharap perhubungan kita tamat mcm ni.
Saya minta maaf kalau ayat2 saya mengguris hati awak.
Saya minta maaf kalau perilaku saya mengecewakan awak.
Saya minta maaf kalau tabiat saya menyakitkan awak.

Awak.
Warkah ini khas dari saya untuk awak.

Labels: , , , ,


!!Fair? Usage policy?
( Monday, March 30, 2009 )

Aku tgh mencari service broadband yg dpt memenuhi kehendak dan memuaskan nafsu penggunaan internet aku, currently aku guna Celcom broadband service. Coverage, puas, speed, puas, usage policy, x puas. Apa ni usage policy? Capacity yg dibenarkan untuk kita guna dalam sebulan. Aik, kata unlimited broadband? Unlimited apa kalo ada usage policy.

tiga2 major player dlm Mobile Broadband industry kita dah apply usage policy, nicee…, yg paling best, mulanya Digi nk truncate dia punya usage policy untuk servis yg rm128, aku dah mula consider yg ni, tambah 30, bang, UNLIMITED. Tp harapan aku hancur, Digi pn dah apply usage policy, cuma capacity dah ditambah, sedih beb, tgk lah sendiri, 20 gig capped, untuk 198? Oh nono, not for me, huhu

Maxis pn aku ada consider, tp 3 gig capped, apa kes? Lg kemut dari Celcom, 3 gig ni apply untuk suma servis ke?

I quote
“Excessive Usage
5.3.1 Each customer’s total usage per month shall NOT exceed 3GB of data volume transmitted (total upload and download usage). This is to ensure that no individual hogs the bandwidth at all times.
5.3.2 Maxis reserves the right to reject the said application or charge for any additional data volume transmitted from what is already allocated.”

Hoho, wtf?

Actually, bg aku, Fair policy ni untuk benefit service provider je, aku bg contoh simple

Maximum bandwidth, 10 meg, 1 user 2 meg, so skang bapa user bleh masuk untuk 10 meg? Ya, 5 user dgn seorg 2 meg, User A,B,C,D,E . So user A dan B, byk pakai tenet, download and game, cukup capacity, diorg capped dia, tggl 1meg, contoh. So balance dlm bandwidth td ada berapa? Ya, 2 meg lagi, sorg ditolak 1 meg, cukup untuk lg seorg user, kan? Masuk lah lg User F, so skang untuk 10 meg bandwidth capacity yg sepatutnya untuk 5 user (seorg 2 meg) skang jadi 6 user untuk 10 meg bandwidth. Heheh. Kalo semua user A, B, C, D, E kena capped (1 meg seorg, jmlh 5 meg) diorg buleh make double the money with the same effort. Fair? NOT.


Also notice yg diorg buat ni based on cycle, maknanya, bandwitdth allocation tuh would never be that congested with that many user. Lagi contoh, sambungan dari contoh awal td, bulan pertama, A, B, C, D,E kena capped, free 5 meg kan? (sorg minus 1 meg), F, G, H, I, J dpt the rest of free capacity, bulan seterusnya, F,G,H,I,J plak kena capped, A,B,C,D,E plak dpt the rest of free bandwidth, convenient eh? Mmg keadaan x convenient mcm contoh yg aku bg, tp ini contoh, it does happens.

Ada apa2 lg yg ISP yg buleh aku consider? mobile only please. kalo bukan karena aku perlu mobile aku dah lama apply Streamyx, hah.

Labels: , ,


!!awak, lawak
( Tuesday, March 24, 2009 )

Mohd Hafiz: laptop dia 1899 baru
Mohd Hafiz: dia nk jual 1500
Mohd Hafiz: aku tgh consider ni
Mohd Hafiz: hoho
dean a: ic.
dean a: laptop ko laa ni da season?
Mohd Hafiz: season?
Mohd Hafiz: dah mati
Mohd Hafiz:
Mohd Hafiz: nak mati
dean a: oh..mmg kena beli laptop baru
Mohd Hafiz: aku heavy user
Mohd Hafiz: cd aku dah cabot, blutooth ko tau kan dah patah?
Mohd Hafiz: :D
Mohd Hafiz: slalu overheat
Mohd Hafiz: lain2 ok lg la
Mohd Hafiz: nanti aku pos kt blog aku
Mohd Hafiz: nk jual
Mohd Hafiz: :D
dean a: ahakz.. ko rasa ada tak yg nak beli
Mohd Hafiz: haha
Mohd Hafiz: ntah la
Mohd Hafiz: tp kena ada yg baru baru bleh jual yg ni
Mohd Hafiz: kalo xdak, parah ah
Mohd Hafiz: cmna nk fucntion
dean a: ahakz.. tepaksa la awak loan duit ayah
dean a: ah.. daymn.. ko*
Mohd Hafiz: =))
dean a: mcm mana terguna awak plak
Mohd Hafiz: adeh
Mohd Hafiz: semput aku gelak
Mohd Hafiz: demit

Labels: , ,


!!Kawan, Lawan, Sawan, Rawan
( Friday, January 02, 2009 )

Orang cakap aku sombong,
Ingat aku tak peduli?
Aku bukan sombong,
Cuma susah nak mempercayai,
Untuk kawan baru,
Jangan terasa kalau kita tak tentang mata,
Bukan aku tak mahu, Bukan aku tak suka,
Tapi aku pon susah nak kata,
Senang cakap, ‘segan’ kata orang utara.

Dari dulu lagi, aku dibesarkan sebegini,
Sehinggalah aku besar sebegini,
Masih dengan ajaran kapitalis dulu lagi,
Susah nak buang, ajaran org tua,
Kadang2 ajaran mereka berguna,
Tapi selalu nya kita ni yang xtau guna,
Senang kata, kita ni yang xdak guna,

Sekarang ni susah nk hidup,
Kawan jadi lawan, lawan jadi sawan,
Adik beradik pn kadang2 jadi sawan,
Masing2 nak naik atas awan,
Habes semua org kita tolak cawan,
Akhir sekali, lawan smpai rawan.
Mampoih.

Labels: , ,


!!Dreaming of Screaming
( Friday, January 02, 2009 )

That day I Dream of you,
That day I Scream for you,
That day I Dream of Screaming at you,
That day I Scream for Dreaming of you.

Labels: , ,


!!Aku bukan cinta mu……
( Monday, December 01, 2008 )

Aku bukan cinta mu kerana paras rupa mu yang ayu,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau kepudaran rupa,
Pudar juga cintaku kepadamu.

Aku bukan cinta mu kerana suara mu yang merdu,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau membisu,
Bisu juga cintaku kepadamu.

Aku bukan cinta mu kerana hati mu yang baik,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau marah berhasad dengki,
Marah dan berdengki juga cintaku kepadamu.

Aku bukan cintamu kerana ibadah mu yang sempurna,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau kadang-kadang terleka,
Leka juga cintaku kepadamu.

Aku bukan cintamu kerana senyum mu yang manis,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau sebak,
Sebak juga cintaku kepadamu.

Aku bukan cintamu kerana harta mu yang ada,
Kalau cintaku begitu, nanti bila harta kau tiada,
Tiada juga cintaku kepadamu.

Aku cintakan mu kerana kau kamu,
Bukan Siti Khadijah,
Bukan Aishah,
Bukan Saodah,
Bukan Zainab,
Bukan Zhulaikha,

Aku cintakan mu kerana kau kamu,

Aku ingin mendekati syurga,
Dengan kau menemani ku.

Aku cintakan kamu.

Labels: , , , , ,


!!EPF rate reduction?
( Monday, December 01, 2008 )

did you guys read?, hoho,

I quote

"the reduction of the employees monthly statutory contribution rate from 11 per cent to 8 per cent, effective from January 2009 wage for a period of two years"

"Members of the Employees Provident Fund (EPF) who wish to maintain the employees monthly contribution rate at 11 per cent from January 2009"

from New Strait Times Online dated 1st December 2008

The keyword here, WISH, meaning it is optional, not compulsory, hehe, now we could see, if your company is making money, and still do the reduction, I'd say, they don't want you there.

See?, with the current rate, 11 per cent, out of RM100, you get RM11 monthly, that will sum up to 11 x 24, RM264 in two years.

The new rate, 8 per cent, out of RM100, you get RM8 monthly, that will sum up to 8 x 24, RM192 in two years.

There's 3 per cent difference, every month, for two years,

Take a 100, 3 per cent of a 100 is 3 rite?

3 times 12 equals to 36 rite? Then times it by two, it will be 72 rite?

Now, if you are being paid RM100 monthly, RM72 is the amount you will lose in two years if the reduction rate take place, get the picture yet?

Hmm, good news for those signing the cheque, bad news for those getting their cheque signed, heheh.

Labels: , ,


!!Kurikular vaskular
( Wednesday, November 19, 2008 )

Aku ada baca satu artikel dekat bloq sapa ntah, dia kata tumbuhnya universiti di Malaysia ni, mcm cendawan lepas ujan, paling senang ckp, mcm banjir kilat kt KL kalo ujan lebat, kejap ja, zummm, banjir, begitulah gamaknya, yg dia hiraukan sgt, kemunculan universiti sekalian2 yg x layak lgsung dipanggil universiti, hmm,

X percaya? Ini satu contoh, umum ya, x dak dituju ke sapa2, taun lepas kita kolej, tahun ni jadi kolej universiti, tahun depan kita universiti, apa yg sebenarnya membolehkan kita didefinasikan sebagai sebuah universiti? Yg aku pahamkan, sesebuah universiti, msti bg pendidikan tggi lepas sekolah dlm pelbagai bidang, ada penganugerahan sijil, dan mesti ada buat penyelidikan. Hmm, skang ni, byk universiti swasta, ada dua tiga kursus pengajian je

Adakah kursus2 yg diorg tawarkan ni, kurikularnya relevan dengan permintaan industri pekerjaan? Lepas tuh, mereka2 yg cuba mendapatkan pendidikan tinggi di tempat2 yg mcm ni, isk, berbaloikah dgn apa yg dibelanjakan? Kita semua dah pasti tahu, pendidikan swasta ni, harganya amat mahal kalo nk bandingkan dgn perndidikan awam, x kiralah mana2 peringkat pn, bandingkan sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan, bandingkan kelas tambahan dengan pusat tuisyen, bandingkan uni awam dengan uni swasta, dari segi perbelanjaan, huh, letih nak dihurai, soalnya, adakah berbaloi?

Para ibubapa sudah tentu mahukan anak2 mereka mendapat yg terbaik, untuk masa depan anak2 sendiri juga, tp satu benda yg sgt janggal sekarang ni, kita sebagai pelajar, berhutang untuk mendapat pengajian, hmm, mmg x terlalu asing bg masyarakat kita sekarang, tp amat janggal kalau dipanjangkan isu ni,

Universitas sekalian mendapat pendapatan ataupn profit daripada bilangan pelajar yg mereka ambil masuk (admittance), bukan daripada bilangan pelajar yg mereka lepas keluar (graduates), pelajar2 yg x layak nk habiskan pengajian, kena habiskan duit sekali lagi untuk tamatkan pengajian dan bergelar graduan. Mmg jelas, pendidikan dah jadi salah satu jenis industri yg paling menguntungkan. Mgkin sebab ini kita dpt lihat percambahan institusi pengajian tinggi dlam negara kita sekarang. Dan mereka mendapat galakan dari pihak2 sekalian yg memberi bantuan kewangan, mereka yg membuat penilaian tahap pendidikan, dan mereka yg memberi penganugerahan pangkat taraf institusi pendidikan. Apa zaman sekarang mereka ambil kira taraf dengan berapa bilangan pelajar yg mereka ambil masuk?

Juga, setelah bergelar graduan, kita x usah sembang pasal kelayakan kali ini, cuma kita tgk pasal peluang, setelah bergelar graduan, adakah mereka semua ni ada tempat dlam industri pekerjaaan? Kalau ya, mengapa taraf penganguran makin tinggi? Kali ni kita x payah sembang pasal kelayakan, kita cuma sebut pasal peluang, kau, aku, dia, kita, mereka, adakah semua dpt peluang yg sama? Tanya aku, aku ckp tidak, kita x pernah dijanjikan apa2 selain penganugerahan sijil selepas bergelar graduan. Heh.

Labels: , ,


!!Istana Kayangan?
( Wednesday, November 19, 2008 )

Igt Ayah Pin ngan istana awan dia? Heheh, skang ni dia muncul kembali, jadi isu gila-gila pulak, siap ada pihak2 tertentu menuding jadi salahkan pihak bertanggung jawab x komited menjalankan tugas menahan si Ayah Pin itu. Aku mmg simpati pada tahap mentaliti pihak yg dok menuding jari tuh, mereka risau ramai lg yg terjebak, lepas tuh salahkan pihak bertangungjwb? Wajarkah?

Paling utama skali, sesiapa yg sampai terjebak ngan teori haluan kiri Ayah Pin ni, mmg kena masuk mengaji balek, gila ka apa? Kesah tuh yg jadi runsingan pihak2 sekalian, tp x kan smpai nk salahkan pihak x bertanggungjwb? Mereka yg bodoh mengikuti ajaran haluan kiri tuh patut kena ditegur oleh mereka yg terdekat, bukan saja nk serah ke jabatan agama, apa? x yakin dgn diri sendiri kah? Kita cuma xdak kuasa nk hukum, bg nasihat itu mmg jadi tanggujwb kita, tmbah2 jika mereka yg terjebak tu, dekat dgan kita, pahem?

Labels: , ,


!!Head On
( Friday, November 07, 2008 )

My 101st post, what a shame it has to be a rant. Demmit.

Well, word’s is that the Royale Bintang case is what causing me my job. Hmm, my company might already lose the contract to Royale Bintang system maintenance, hell, I don’t know the details, and I don’t even know if it’s true. The thing for sure is that I’ve already lost my job. Next month, I’ll be unemployed. Demmit.

But if my company really is putting the blame on me, I definitely go against that, hell, ever since I joined this company, ever since I knew Royale Bintang was a client, ever since I got involved with Royale Bintang, it spells nothing else but P.R.O.B.L.E.M. and is it my fault that my company lose the contract?

Well, if you don’t like long and boring story, refer to this post, it was a summarized version of what you’ll read if you continue reading. Heh.

Hmm, the story was somewhat like this, I was told to go and replaced a unit, a fucked up new unit with a newer one, mind you, both are totally differ in brands and method, so, I did. Then the plot thickens, when I was there, I couldn’t see any SSID from any of the new AP’s I’ve replaced before that day. Then it gets more interesting, yes, my company consultant cum supervisor (my self-entitlement to him) was there in the morning and he knew about this problem. Wow. So I did all I could trying to get everything okay again. I found out that somebody, SOMEBODY, had messed with the switches, the cabling were all messed up, and one of them switches were not functioning. This ‘faulty’ 24 port switch was not distributing IP like it should do. Haa, what can I do? I couldn’t make a replacement if I don’t have any switches with me can I? So what I did was, I plug in the DHCP server cable to the remaining 8 and 4 port switches. And it work, with limitation of course, not everywhere could get an access cause of the faulty switch. So, the end result was, I could see my SSID again, but not everywhere. Then, before I leave, I wrote a note attention to the head of MIS there, in the note, it say things like what did I do, and how to use the new controller unit. It was something like this;

{
Mr. X,

I replace that new fucked up unit with a newer unit.

1. go to the login page, choose Local Authentication
2. key in username: xxxx, password: xxxx

The billing is not used anymore.

My signature and name goes here
}

Ah, well, not every word was like that, but you get the idea, heh, and please bear in mind that it was 2am, I wouldn’t call anyone at that time, well, except the police maybe. I knew the next morning I would get yelled at. Ahah. But I don’t actually, eheh, I do get a call though, asking me to go and checked again. It was a Saturday morning, and I was already on my way to a friends wedding. So I said I couldn’t go, I also told them if it’s later in the evening perhaps I could make it, or even if not, I will go the day after.

Yes, I understand their business involved a lot of public, and they would want to save face, but I suggest this, employ an in house technician, you had an MIS division WITHOUT ANYBODY IN IT, what the fuck? And the head, what was he doing? Yes, he did what everybody else would on a free day. What he didn’t do is stop yapping when it’s his ass on the line, yeah, who would like their ass being chewed on rite? I don’t either.

To continue with the story, he then calls, another he also calls, even he also calls, but hey, sorry dude, couldn’t make it, sorry, maybe later. So they take this as a no-show. Now, it’s my ass on the line. Heh. Luckily, my colleague is there to save the day, he went and saw that there were looping at the 24 port switch. Damn, no wonder it didn’t distribute IP’s. So, they say this was my fault; I’m incompetence and am not committed in doing my job.
Hey, ten points. Goddamn. He even told my colleague to plug in back the fucked up new unit. Ta-dah, my colleague was a hero, and I’m a fucked up uncommitted incompetence no-showing zero. Don’t get me wrong, I don’t one bit blame my colleague, not one bit. I mean, he saved me, he solved the problem. I just don’t like the blame that my company is putting on me.

I quote from my post

”And get this, is it not that I DON’T WANT to go, I CANT. You get that? CAN NOT. CAN’T. Perhaps the matter I’m attending to is none important to you, but hell, I CANT. Period.”

Yes, I couldn’t go. I COULDN’T GO. It’s totally different from I DON’T WANT TO GO. Try to fucking understand this simple matter.

While my ass was getting chewed on, he talked bout company would pay those who work on weekend, shit, fuck that, what, you think I thought that you wouldn’t pay that I didn’t go? I’m not the likes of you. If on that unfortunate day, I was lying on my bed naked doing nothing, I’d be happy to go. Lalal lala lala. Ah, well, maybe I wouldn’t be happy, but I’ll go, no question asked.

So then, the company loses the right to do maintenance, and here I am ranting about why I lost my job. Some say it wasn’t a big deal, but it is to me. I’m beginning to like this company, and now this. Ah, it’s been how many years I didn’t shed tears, not even when my grandpa died, but today I did. Twice.

Even so, I had a little something to say, stop kissing so much clients ass, then maybe, only maybe, you would have a little time to look into your employee’s charity. Then also maybe, just maybe, your employee would want to share a dinner table with you.

Anyhow, thank you for all the opportunity given, and fuck you if this is the main reason I’m being lay-off.

Labels: , ,


!!Perubahan
( Friday, November 07, 2008 )

So, Obama calon parti Demokrat dah jadi Presiden US. Tahniah. ini menunjukkan rakyat US dah sedia menerima perubahan. harap2 dengan kepimpinan beliau, hapus segala diskriminasi terhadap minimalis2 dalam negara dunia ketiga. harap hapus juga perang 'anti-keganasan'. harap hapus juga Islamophobia di kalangan negara2 di dunia. dlam kepimpinan Presiden yg sebelum ni, US dah hilang kredibiliti dan respek dari byk negara2 lain. harap kepimpinan baru ni bwk banyak perubahan, bukan saja dalam negara, tetapi secara universal.

Kita rakyat Malaysia bila lagi? aku mmg dok berharap ada perubahan, igt, Obama tu rakyat Amerika yg pilih, kita pn boleh buat mcm tuh, kita pilih kepimpinan, bukan kepimpinan pilih kita, ya? Yes, we can.

Kita pilih kerajaan untuk wakilkan kita. aku bukan anti-kerajaan sekarang, aku bukan pro mereka yg anti-kerajaan sekarang, cuma aku x suka, dan aku nak ada perubahan. kepimpinan sekarang pon masing2 dok baling kepala org sendiri, lepas tuh pakatan pon sama2 x setuju dengan ahli dalam pakatan sendiri. apa ni? mcm ni nak pimpin org kah? bg aku, baek pegi mampos. memang manusia x sempurna, tp kepimpinan mesti jadikan yg terbaik. yg skang kita dok nampak, yg berhaluan kiri mahupun yg berhaluan kanan, dua2 yg lebih nampaknya buruk daripada baek, jahanam, aku, dia, kita dan juga mereka.

yes, we can.

Labels: , ,


!!Hujung Jalan
( Friday, November 07, 2008 )

Aku smpai di hujung jalan,
Tak kan nak terus menunggu di hujung jalan?
Berpatah balik tidak boleh dijadikan pilihan,
Aku kena bukak jalan baru untuk aku lalui,
Tapi, aku tak tahu jalan mana patut aku pergi,
Perlu aku belok kekanan, atau,
Perlu aku belok kekiri?

Ada sesiapa atau apa-apa yang boleh menjadi arah tujuan aku?
Aku tak mahu lama-lama disini,
Celaka.Celaka.Celaka.

Mungkin aku boleh tamatkan perjalanan ini?
Jadikan mungkin.
Sungguh. Jadikan Mungkin.
Sungguh. Jadikan Mungkin.
Perjalanan ini yang tamat dihujung jalan.

Labels: , ,


!!Nafsu, Amarah, Airmata, Darah dan Dosa
( Sunday, November 02, 2008 )

jalani kehidupan harian,
buat keputusan dengan Nafsu,
bukan dengan akal macam orang luar biasa,
bila kita dikekang, dihalang, dituduh,
Amarah mula membuak-buak, mahukan pembalasan serta keadilan,
pabila tindakan diambil, berseorangan mengalir Airmata,
kerana dorongan Nafsu, Amarah dan Airmata,
Darah ditumpah membasahi lantaian bumi,
hidup aku mmg bergelumang dengan Dosa

Labels: , ,


!!Belum sempurna..
( Friday, October 24, 2008 )

Aku quote dari entry Jie kt blog dia

"Dah norm kot lelaki leh ada banyak pompuan dalam hati at the same time. Takleh nak tolak fitrah."

aku harap ini x dituju kepada semua kaum Adam, huhu, so mcm mana? ada benarkah kenyataan ini? aku rasa, bukan semua kami mcm tuh, ya? atau tidak?

aku? aku kata aku tidak, tp aku x nafikan ada yg begitu. persoalannya, disengajakan atau tak disengajakan?

Belum cukup sempurna...

Labels: , ,


!!Rindu
( Friday, October 24, 2008 )

Aku rindu dia, sgt2, suma Dean punya pasal, timbulkan benda ni, argh,

Hilang dan datang,

Lemah hati kecil aku ni.

arini aku x mo keja.

apsal? kena tanya Dean, dia punya pasal,

adei.

Labels: , ,


!!Ideology
( Thursday, October 23, 2008 )

Mlm semalam ulang layan Dark Knight lagi, huhu, sangat best, cerita superhero yg lebih emphasize kan antagonist daripada melebihkan pembentukan protagonist dlm menyampaikan jalan cerita. Mmg menghiburkan, refreshing org putih kata, ahak, ideology yg didedahkan sgt menepati sasaran, kalo kena jantung sapa2, kira mati terus ja, ahak

Dlm cerita Dark Knight, antagonist yg jadi idola, The Joker, digambar kan sebagai seorang yg daring dan gila, cuba mengubah persepsi Gotham City yg menyanjungi Batman dan Harvey Dent, pembanteras jenayah di Gotham City. Dia push Batman, Harvey, dan Gotham citizen smpai naik langit, dan seperti manusia biasa, bila kena push, mula la melenting, hehe, Batman makin meliar bila org yg dia sayang kena culik, dan kena bunuh, sama dengan Harvey, bg Gotham citizen pulak, depa dgn rasa x berdosa nk letupkan kapal yg dipenuhi banduan, sebab mereka banduan. Heh, apa yg didedahkan ni sgt benar, bila x kena kt kita, kita kata x apa, bila kena kt kita? Heh, melenting beb. Mcm Nabil Raja Lawak punya punchline, “lu pikir la sendiri”

Lepas layan Dark Knight, layan pulak Freedom Writers, cerita seorg pendidik yg cuba nk ubah persepsi pelajar2 dia yg prejudis terhadap warna kulit, kaum, agama, bangsa. Konsep narrowminded ni cuba diketengahkan dgn cara yg bijak skali, dlm peryampaian jalan cerita ni, dia sampaikan yg walopon kita ni dari ethnic yg berbeza, kaum yg berbeza, agama yg berbeza, tp semua kita ada masalah masing2, jgn anggap sesekian kita lebih baik daripada sesekian yg lain.

Sgt benar apa yg cuba didedahkan, tgk sendiri masyarakat kita sudah, x payah pergi jauh2, kita kt Malaysia dah jadi masyarakat majmuk yg terdiri daripada bermacam2 etnik, bangsa, agama, smpai x terkira dah, kita boleh lihat dimana2, tp suma kita cuma nk hidup mcm biasa juga

Dlm Freedom Writer, karakter Eva digambar kan sebagai seseorg yg sgt rebellious, membenci setiap bangsa lain, dia snggup berbohong nak menyebelahi rakan sebangsa dia walopon terang2 rakan dia tuh bersalah, mmg naluri kita nk mempertahan org kita, tp kalo smpai jatuh maruah bangsa, buat apa kan? So dlm kes ini, Eva telah membelakangi rakan dia, telah diugut bunuh, tp tindakan yg dia ambil tuh betul.

Karakter Andre pulak, cuba nk ubah diri sendiri dan keluarga dgn cara sendiri, tp abang dia yg tgh trial telah dihukum penjara, dia x puas hati dgn keputusan itu dan cuba nk memberontak, masuk geng, ponteng sekolah, dia juga beranggapan, setiap benda yg salah, x perlu ada keadilan, yg patut ada cuma pembalasan, satu ideology yg bg aku, sgt menakutkan, tp bukankah itu yg selalu berlaku? Heh,

P/S, Freedom Writers ni direferkan secara x langsung oleh ZHFR dlam salah satu artikel dia, thnx dude, lama x layan drama movie. hehe

Labels: , ,


!!heya
( Wednesday, July 09, 2008 )

saja nk test tag

Labels: , , , , , , , , , , , , , , ,


!!Kisah Karya Alam Sepi
( Monday, July 07, 2008 )

Ini bukan cerita wayang kulit,
Kisah karya alam sepi,
Tiada Adam, Tiada Hawa,
Tiada Taman, Tiada Syurga,
-XPDC : Berakit ke Langit-

Lagu ni ada impak kt diri aku skang, mengingatkn kita yg kita ni x hidup dlm dunia khayalan dan angan2, semua yg kita miliki ni dgn izin Allah dan dah tentulah dgn usaha kita. Kata kunci, usaha, kalo x berusaha mana bleh dpt rezeki, kalo kita x tanam pokok pisang, mcmana nk dpt buah pisang.

Kalu dulu kita mak bapa sara dan jaga, skang ni giliran kita plak jaga depa, giliran kita plak jaga adik2 kita, giliran kita plak jaga diri sendiri, nnt bila kita nk berkeluarga, tggungjwb makin bertambah, terutama bgi orang lelaki, jadi ketua rumah, sara isteri dan anak2, berat tggungjwb kita sebagai bapa nnt, kalo isteri dan anak2 xelok, kita yg akan dipersoalkan, mcmana kita sebagai ketua keluarga didik keluarga, para isteri plak, kena ikot ckp suami, selagi x langgar hukum agama, kalo membantah bleh jadi durhaka, berat tuh

hidup zaman sekarang ni penuh dgn cabaran, terlalu byk pengaruh luar, hukum agama byk orang buat acuh x acuh saja, kita bleh nampak, kdg2 dikalangan rakan2 kita, malah dlm keluarga kita sendiri, malah hukum yg kecik2 trus diabaikan, yg paling menakutkan skang ni ialah kesalahan sosialisme, kita x memandang dari segi undang2 dan perlembagaan negara, yg kita nk tegakkan ni dari skop agama kita sendiri, skang di mana2 bleh nampak, yg paling ketara, berpasangan, bukan takat berpegang tgn, bukan kita xtau yg hukum dia haram, tp kita buat2 xtau, lagi bertatu, bertindik yg menyerupai agama lain, kaler rambut, bukan masalah material yg kita pakai itu halal atau haram, pembuatan tuh sendiri dah haram, so xpayah lah nk persoalkan material yg dipakai, kaum hawa plak, aurat, cukur kening, bulu kaki, suma nk memperagakan diri jd jamahan mereka yg bernafsu sadis, bukan kita tak tau, saja kita buat2 xtau, yg lelaki pulak suka tgk, tambah la dosa yg mgkin dah bertimbun2, byk lagi kalo nk tulis, tp cukup takat ni, mgkin dah byk menyengat mereka yg membaca? Padan muka. Moga ini jd peringatan kt diri aku juga.

Jadi, kita kena berusaha, bukan saja mencari rezeki, tp juga untuk dpt kerestuan Allah. Ramai org akan kata leceh, ya, tp kena usaha, usaha memperbaiki diri sendiri, usaha menjauhi segala dosa, usaha, jgn usaha kearah kejahatan sudah, mcm aku mula2 kata, nk buah pisang, tanam pokok dia dulu, nk bg pokok subur, bajailah ia selalu, konsep ni boleh diguna pakai dlm kehidupan, aku yakin sapa yg membaca ni sgt rasional dan mampu berpikir, kalo x paham, usaha lah untuk memahami.

aku x mau diri aku nnt lepas dihisab, aku diaibkan dipadang Masyar, aku x mau nnt selepas dihisab, keluarga aku diaibkan dipadang Masyar, aku x mau nnt selepas dihisab, sahabat2 aku diaibkan dipadang Masyar, aku bukan para Nabi, aku bukan Wali Allah, aku ada kecacatan dan kelemahan sendiri, aku akan usaha memperbaiki, mcm kawan aku pernah kata, 'kita x penah terlalu muda untuk membuat dosa, dan kita x pernah terlalu tua untuk bertaubat', sebelum kita meninggalkan dunia, sebelum jasad dimamah bumi, usaha lah untuk jadi baik, manusia mmg x sempurna, tp usaha lah agar kita jadi golongan yg akan dikanan kan dibwah naungan Allah, InsyaAllah

Labels: , , , ,


!!Couragueos Insanity?
( Saturday, July 05, 2008 )

So, kenapa Courageous Insanity? Sebab dlm alam cyber ni lah kita mampu dan buleh buat benda2 yg kita x mampu atau buleh buat dekat alam nyata. Hehe. Layankan cerpen yg penat aku coretkan, adakah ia berdasarkan cerita benar, pengalaman sendiri atau cuma rekaan semata2? Itu terpulang kepada pembaca, heheh


Kay agak sebok hari itu, dia kehulu kehilir dgn komputer bimbitnya, pihak2 pengurusan dan pemilik projek serta pelanggan semua menampakkan kekecewaan, ini adalah biasa bg seseorang yg berjawatan mcm Kay, semua permintaan terpaksa diakui walaupon x semesti ditunaikan, kadang2 Kay letih dgn kerjaya dia, tp apa nk buat, cari mkn

hari ini adalah hari Kay membuat latihan penggunaan terhadap implimentasi projeknya, tp ada masalah teknikal, x terkejar dia nk membaik pulih masalah yg dihadapi,

'ades, hari nk testing ni la ada problem, apa malang naseb aku ni' cemuh Kay didalam hati

pengurusan, pemilik dan pelanggan semua duduk di kafeteria menunggu masalah selesai, Kay dan rakan sejawat kehulu kehilir dan sebok membuat panggilan, mengharap yg projek ni boleh diselesaikan harini, lg cepat selesai latihan penggunaan, lg cepat dpt bayaran, sedang Kay sebok berulang alik, ada pulak sekumpulan manusia yg x kenal erti kemanusiaan, beberapa kali dia memanggil Kay, Kay abaikan mereka kerana mereka bukan ada kepentingan apa2 dgn Kay, makin lama, mereka makin meninggi suara memanggil Kay,

'oi! Mat, meh la sini kejap, ada benda nk tanya ni,' ujar pemuda berambut separa afro itu.

'eh, nak tanya aku, mai la sini, paggel aku p sana plak, apa igt aku waiter ka?' cemuh Kay didalam hati dgn loghat utaranya

Kay terus dgn tugasan dia. Makin lama, mamat berambut separa afro tuh makin lantang bersuara, kdg2 keluar ayat2 yg agak x sedap didengar, rakan2 dlm kumpulan mereka pula asik bergelak ketawa, menenyebabkan mamat berambut separa afro itu makin galak dgn kelakuannya,

'ceh mat, apa kau igt kau penting sgt? Baek ko dtg sini cepat, aku nak tanya sikit' lantang mamat separa afro tuh berkata2

keegoan mamat berambut separa afro itu sampai tahap tertinggi, lontaran ayat2 nya diikuti dengan kata2 kesat. Pengurusan, pemilik projek dan pelanggan hanya melihat sahaja, mereka meninjau mcm mana Kay nk layan org mcm mamat separa afro tuh,

Kay berjalan kearah meja yg diduduki pihak pengurusan, dia meletakkan komputer bimbitnya disitu, dia mengorak langkah kearah kumpulan mamat rambut separa afro tuh, dari jauh terdgr dia berkata2,

'tau pn takut, cepat sikit la jalan tuh, aku nk tanya benda ni, lembab' ujar mamat separa afro itu, diikuti gelak tawa rakan2 kumpulannya.

Kay rasa langkahnya menuju ke kumpulan mereka agak panjang, Kay rasa jarak antara meja mereka agak jauh, Kay terus mengorak langkah, Kay merasakn perjalanannya terlalu lama, Kay resah, Kay mennyisir rambutnya kebelankang dgn tgn kiri, kemudia Kay menyisir rambutnya kebelakang dgn tangan kanan, Kay merasakan jarak sgt jauh, walaupun semakin menghampiri, tetapi Kay merasakan jaraknya amat jauh, setelah berada didepan meja kumpulan mamat berambut separa afro itu, dia seperti terdgr mamat tuh berkata2

'hah, ni, aku nak tany.......' masa bagaikan terhenti seketika

itu saja yg Kay dgr, selainnya hanya terdgr bunyi bingit yg memekakkan telinga, Kay makin resah, pandangan Kay fokus kepada mamat berambut separa afro itu, Kay nampak gerakan bibir mamat separa afro itu, tp dia x mendgr apa2, Kay tahu mamat itu cuba menyampaikan sesuatu, ttp Kay mengabaikannya, Kay menanggalkan cermin matanya, Kay memegang kolar baju mamat separa afro itu, Kay menariknya naik dari kedudukan, kiri mereka berdua bertentang mata, Kay tenung mamat separa afro itu, segala2 masih bingit memekakkan telinga, nafsu amarah menguasai rasionalisme, Kay sudah x peduli apa yg akan terjadi nanti,

Kay tenung mamat separa afro itu, dlm fikirannya, Kay mencemuh topi yg dipakainya, Kay mencemuh rambut kerinting2 kecil diatas kepalanya, Kay mencemuh pilihan pakainya, Kay mencemuh segala2 tntang mamat separa afro itu, lantas Kay melontarkan hantukan kepala yg padu tepat ke batang hidung mamat berambut separa afro itu, *dush*, hidung mamat itu berdarah merah, darah mengalir tanpa henti, rakan2 kumpulan mamat itu lantas berdiri mengelakkan diri, x dipertahankan rakannya yg cedera, mgkin takut mereka menerima nasib yg sama

'hah, ni aku nak tany........arghhhhhhh' masa bagaikan bergerak semula

segala2 berlaku dlm sejenak masa, mamat separa afro itu terduduk x terkata apa, wajahnya yg penuh keegoan td bertukar menjadi resah ketakutan, Kay terus merenung mereka didalam kumpulan itu, seorang demi seorang, sekumpulan mereka resah, kelu x terkata, mgkin mereka x mengagak ini akan berlaku,

'kalo nk bertanya, datang cari aku, bukan aku datang mai sini' ujar Kay perlahan, mamat separa afro dan kumpulannya angguk tanda memahami, mereka masih kelu x berkata2

Kay mengorak langkah pergi, melangkah kearah meja yg diduduki oleh pengurusan, pemilik projek dan pelanggan tadi. Kesemua meraka agak terkejut dgn tindakan Kay, mereka x pernah melihat Kay bertindak diluar rasionalisme dan intelektualnya,

sejak hari itu, kehidupan kerjaya Kay agak berubah, dia tidak lagi diarah melakukan benda2 yg diluar skop tugasannya, semua org pn semakin berhati2 dgn tgkah laku dan percakapan mereka dgn Kay, adakah Kay senang dgn layanan serba baru ini? Itu xdapat dipastikan, yg pasti, Kay merasakan dia melalukan benda yg benar, patutkah Kay bertindak demikian? Apakah soalan yg mahu ditanyakan oleh mamat itu pada hari kejadian? Kay masih ketapak projek, apabila terserempak dgn kumpulan mamat separa afro itu, mereka menjauhi Kay. Kay x merasa terabai, mcm Kay mula2 kata, mereka xberkepentingan pn dlam kehidupan Kay. Heh.

Moral: Pantau dan dengar sebelum ambil tindakan, hehe

Labels: , , ,


!!Rette mich?
( Thursday, April 26, 2007 )

Hmm, I always told people that song is not just song; it is a form or art that often reflected people’s expression, I love song that express felling such as sorrow, death, dispel, you know, the other side of songs, the one that not many are aware of.

Last two days, my grandma’s younger brother had passed away, hope he is among the faithful of all. The things is, I had never felt like I lost anything. I was good with him, nothing crucial, I like him better than I like my grandma though, hehe. But, when my father called to told me bout it, I was like, “owh, ok” and that’s it. Heh, I meant, how cold hearted can I be? I’ve lost someone, my relatives, but I didn’t felt much. Maybe this is the reason why people said I’m somewhat hard cold type of person. But I never seen through it though, and know I’m aware why, hehe. After I gave it a thought, then only I realize my mistake, and feels bad bout it. I dunno what I’ve become, after all these living years. Ahhhh. I need to rescue me from myself, I need someone to rescue me from this darkness within. This darkness and coldness I once loved, but now, I couldn’t bear with it anymore, I need to be rescued, I would not wanted to be soaked with darkness anymore. Would someone lend me a hand? Would anybody rescue me? Rescue me from the reign that struggled to built and hold?

And, uhh, Al-Fatihah to Tok Su Ii, may you be among the faithful of all. Hope I won’t forget you as ease.

Labels: , ,