!!Manusia Biasa
( Thursday, April 15, 2010 )
Aku bukan Tuhan, yang menguasai sekalian alam.
Aku bukan Malaikat, yang mentaati pesuruhnya.
Aku bukan Raja, yang punya darjat dan harta.
Aku bukan Pendita, yang penuh ilmuan didada.
Aku bukan Panglima, yang berani menempuh bala.
Aku cuma manusia biasa,
Yang bertutur tidak berperibahasa,
Yang berfikir kadang luar warasnya,
Yang tingkahlaku kadang tidak terjaga,
Yang tanggungjawab kadang terlalai dan leka,
Aku cuma manusia biasa,
Yang ingin dikawali tuturkatanya,
Yang ingin dipimpim pemikirannya,
Yang ingin dipantau tingkahlakunya,
Yang ingin diingatkan tanggungjawabnya,
Yang ingin diterima kekurangannya.
Aku cuma manusia biasa,
Yang inginkan kau, menemaniku mendekati syurga.
Amin.
Labels: aku, cinta, dia, kisah
!!Ibuku dan Pasanganku
( Tuesday, February 10, 2009 )
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Bila aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Ikhsan daripada seseorang yg senantiasa mengingati, terima kasih kerana mengingatkat aku.
Labels: aku, cinta, dia, kisah
!!Aku bukan cinta mu……
( Monday, December 01, 2008 )
Aku bukan cinta mu kerana paras rupa mu yang ayu,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau kepudaran rupa,
Pudar juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cinta mu kerana suara mu yang merdu,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau membisu,
Bisu juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cinta mu kerana hati mu yang baik,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau marah berhasad dengki,
Marah dan berdengki juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cintamu kerana ibadah mu yang sempurna,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau kadang-kadang terleka,
Leka juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cintamu kerana senyum mu yang manis,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau sebak,
Sebak juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cintamu kerana harta mu yang ada,
Kalau cintaku begitu, nanti bila harta kau tiada,
Tiada juga cintaku kepadamu.
Aku cintakan mu kerana kau kamu,
Bukan Siti Khadijah,
Bukan Aishah,
Bukan Saodah,
Bukan Zainab,
Bukan Zhulaikha,
Aku cintakan mu kerana kau kamu,
Aku ingin mendekati syurga,
Dengan kau menemani ku.
Aku cintakan kamu.
Labels: carut, cinta, dia, karut, life, rants
!!Cinta waktu itu, cuma...
( Friday, October 17, 2008 )
Ketika aku ada temuduga, jmpa dengan dia itu, jmpa dgn ramai org sebenarnya, tp org lain x menjadi punca nukilan kali ni, dia adalah watak utama kali ini, dia sgt comel, rendah diri, ataupn dia cuma segan? Itu x penting, yg penting, dia saingan aku untuk mendapat kerjaya ini, aku asek berharap, dia dpt bekerja dengan aku, adakah ini amat mustahil? Kalo tidak mustahil, aku mmg amat berharap, haha
Aku dipanggil dulu, selepas selesai, aku melambai kepada kenalan yg baru berkenalan semasa menunggu, dia itu sangka aku melambai kepadanya, lambaian aku dibalas, wow, aku terkedu, reaksi yg x disangka2, dari aku dan juga dia, mahu aku pergi minta nombornya, tp aku xnak malukan dia itu, sekarang, dapat tak aku jmpa dia lg nanti? Hmm, menyesal? Sedikit!
Belum cukup sempurna.
!!Hilang Kau Datang
( Thursday, October 16, 2008 )
Menangis aku sendiri
Kau..jelmalah engkau
Malam..di gerbang luka
Menggarap cinta
Bulan.. bukannya bintang
Siang..hilanglah malam
Gundah... bila kau hilang
Resah..hilang kau datang
Jika kau tiba,
Jelanglah sinar malamku yang kesepian
Sayang..bila kau datang
Senyum..hilanglah duka
---------------------------------------------------------------
Frasa2 dari lagu Jinbara - Hilang
Airmataku ikut bercucuran,
Belum sempurna?
!!heya
( Wednesday, July 09, 2008 )
saja nk test tag
Labels: barang, carut, cinta, dia, hidup, itu, karut, kisah, life, love, product, rants, review, show, stories, tagging
!!Kisah Karya Alam Sepi
( Monday, July 07, 2008 )
Ini bukan cerita wayang kulit,
Kisah karya alam sepi,
Tiada Adam, Tiada Hawa,
Tiada Taman, Tiada Syurga,
-XPDC : Berakit ke Langit-
Lagu ni ada impak kt diri aku skang, mengingatkn kita yg kita ni x hidup dlm dunia khayalan dan angan2, semua yg kita miliki ni dgn izin Allah dan dah tentulah dgn usaha kita. Kata kunci, usaha, kalo x berusaha mana bleh dpt rezeki, kalo kita x tanam pokok pisang, mcmana nk dpt buah pisang.
Kalu dulu kita mak bapa sara dan jaga, skang ni giliran kita plak jaga depa, giliran kita plak jaga adik2 kita, giliran kita plak jaga diri sendiri, nnt bila kita nk berkeluarga, tggungjwb makin bertambah, terutama bgi orang lelaki, jadi ketua rumah, sara isteri dan anak2, berat tggungjwb kita sebagai bapa nnt, kalo isteri dan anak2 xelok, kita yg akan dipersoalkan, mcmana kita sebagai ketua keluarga didik keluarga, para isteri plak, kena ikot ckp suami, selagi x langgar hukum agama, kalo membantah bleh jadi durhaka, berat tuh
hidup zaman sekarang ni penuh dgn cabaran, terlalu byk pengaruh luar, hukum agama byk orang buat acuh x acuh saja, kita bleh nampak, kdg2 dikalangan rakan2 kita, malah dlm keluarga kita sendiri, malah hukum yg kecik2 trus diabaikan, yg paling menakutkan skang ni ialah kesalahan sosialisme, kita x memandang dari segi undang2 dan perlembagaan negara, yg kita nk tegakkan ni dari skop agama kita sendiri, skang di mana2 bleh nampak, yg paling ketara, berpasangan, bukan takat berpegang tgn, bukan kita xtau yg hukum dia haram, tp kita buat2 xtau, lagi bertatu, bertindik yg menyerupai agama lain, kaler rambut, bukan masalah material yg kita pakai itu halal atau haram, pembuatan tuh sendiri dah haram, so xpayah lah nk persoalkan material yg dipakai, kaum hawa plak, aurat, cukur kening, bulu kaki, suma nk memperagakan diri jd jamahan mereka yg bernafsu sadis, bukan kita tak tau, saja kita buat2 xtau, yg lelaki pulak suka tgk, tambah la dosa yg mgkin dah bertimbun2, byk lagi kalo nk tulis, tp cukup takat ni, mgkin dah byk menyengat mereka yg membaca? Padan muka. Moga ini jd peringatan kt diri aku juga.
Jadi, kita kena berusaha, bukan saja mencari rezeki, tp juga untuk dpt kerestuan Allah. Ramai org akan kata leceh, ya, tp kena usaha, usaha memperbaiki diri sendiri, usaha menjauhi segala dosa, usaha, jgn usaha kearah kejahatan sudah, mcm aku mula2 kata, nk buah pisang, tanam pokok dia dulu, nk bg pokok subur, bajailah ia selalu, konsep ni boleh diguna pakai dlm kehidupan, aku yakin sapa yg membaca ni sgt rasional dan mampu berpikir, kalo x paham, usaha lah untuk memahami.
aku x mau diri aku nnt lepas dihisab, aku diaibkan dipadang Masyar, aku x mau nnt selepas dihisab, keluarga aku diaibkan dipadang Masyar, aku x mau nnt selepas dihisab, sahabat2 aku diaibkan dipadang Masyar, aku bukan para Nabi, aku bukan Wali Allah, aku ada kecacatan dan kelemahan sendiri, aku akan usaha memperbaiki, mcm kawan aku pernah kata, 'kita x penah terlalu muda untuk membuat dosa, dan kita x pernah terlalu tua untuk bertaubat', sebelum kita meninggalkan dunia, sebelum jasad dimamah bumi, usaha lah untuk jadi baik, manusia mmg x sempurna, tp usaha lah agar kita jadi golongan yg akan dikanan kan dibwah naungan Allah, InsyaAllah
Labels: cinta, dia, itu, kisah, life
!!Hanya Kau
( Wednesday, November 08, 2006 )
nothing interesting, just nak post lirik lagu untuk somebody special, NOT my song, NOT mine, but still, she's got a place in my heart, i've never felt anything like this before, so, here goes, from The Siblings, Hanya Kau, this song's really fortify my felling to her, man, i'm hurt, haha
so, ehmm, like always, i'm gone
The Siblings - Hanya Kau
Hanya kau,
Yang selalu kurindu,
Wajahmu sering mewarnai hidupku,
Hanya kau,
Hanya yang selalu kucinta, selamanya,
Apa saja yg kau pinta,
Akan ku cuba segala,
Wahai dewi,
Kaulah penyeri dikala ku sepi, ketika ku sendiri,
Oh sayang,
Kehadiranmu umpama, sinar suria,
Apa saja yang kau pinta,
Akanku cuba segala,
Wahai dewi,
Kaulah penyeri dikala ku sepi, ketika ku sendiri,
Oh sayang,
Kehadiranmu umpama, sinar suria,
Bagaimana kan ku bisa,
melupakan dirimu,
hingga keakhir hayatku,
cubalah kau renungi, kata kataku ini,
satu satunya dihatiku, hanyaaaaaa,
KAU, sayang,
ooohhhhh,
Labels: cinta, dia, lagu, lirik, love, song
