- HEAR me -

I saw you look away
Is what you've seen too much to take
Or are you blind and seeing nothing?

-Bullet For My Valentine : Hands Of Blood-

My heart is worn out to keep beating
My lungs exhausted by all this breathing
My mind's too tired to keep grieving
My throat is too sore for more screaming
My eyes too swollen for more weeping
My wounds are too dry for more bleeding
My blood too drained for more streaming

-Sentenced : My Slowing Heart-

-My Cloud-

This is

.blogspot.com

You sure you didn't ended up here by accident?



READERS?


!!Tanpamuuu...
( Thursday, August 28, 2008 )

‘Tanpamu… Kurasa… resah dan gelisah….’

Aku terdgr frasa ni masa aku tgh sebok2 tune channel radio kereta aku yg makin bikin hal, hoho, sapa ah nyanyi lagu tuh? Aku mmg tatau sapa punya lagu, Cuma ia terngiang2 kt corong telinga aku walopon hanya mendengernya hanya skali, tone, beat, phrase suma suma berjaya menarik hati kering aku ni, apa nak buat?

Arini aku d klcc, lagi, heh, n arini byk budak2 sekolah keluar buat lawatan ke klcc, melawat ikan2 di aquaria mgkin, ada budak sekolah tadika, ada budak sekolah rendah, ada budak sekolah menengah, hmm, mewah budak2 skang ni, smbil aku dok tinjau2 depa buat apa, aku nampak ada yg pakai henset yg mahal dari aku, hoh, aku kagum? Kepunyaan siapa mmg bukan persoalan, tp mereka mempergunakannya yg jadi isu skang ni, mereka xakan dipertangungjwbkan atas kelakuan sendiri, tp memiliki asset yg lebey dari seorg yg bekerja, aku jeles? Itu bukan persoalan sekarang ini, Cuma, temptation tuh, mmg agak menguasai diri, aku cuba bayangkan, apa akan jadi kalo aku rompak dia? Heheh, apa? Dia ramai dlm kumpulan? Ada mcm2 cara nk pisahkan dia dari kumpulan tuh, tp itu bukan isu, mewah sungguh kehidupan mereka, aku ada kawan yg skang ni bekerja, tp x memiliki henset, mengapa? Itu bukan persoalan……

Labels:


!!Dunia yg baru
( Tuesday, August 12, 2008 )

Tgk kazen2 kawan2 suma dah bertunang, even ada yg dah kahwin, aku makin rasa hidup aku ni sgt sunyi, nampak mcm aku ada ramai kwn2, tp kwn2 ada bila ada saja, x bleh nak temankan aku sepanjang masa, kawan2 pejabat ada masa pejabat saja, kawan2 belajar ada masa belajar saja, kawan2 serumah ada masa dekat rumah saja, kawan2 karib ada bila bersemuka saja, xdak keadaan tuh, xdak kawan la aku, dunia aku sgt sunyi

Dulu masa aku kecik2 aku suka berseorangan, masa sekolah, aku jarang sgt la berbunyi, masa kt uni pn sama la, aku bukan x bersosial langsung, cuma rasa kadang2 aku lebih suka menyendiri, hehe, konon cool la sorg2, tp makin lama, aku rasa aku macam perlukan perhatian, x kira la perasaan mcmana pn, aku rasa aku perlukan, benci, marah, suka, cinta, mmg aku perlukan. Nk kena cari teman hidup kongsi perasaan cepat2 ni, lama2 aku mcm ni, boleh jd gila, skang ni pn ramai dah kata aku gila, aku pn rasa aku ni gila, tp bukan gila mcm org gila, gila mcm org yg org kata org gila,

Ah, tmbah tekanan aku pikir dan tulis pasal benda ni, tp aku x tau nk luahkan kt sapa, nak cerita kat sapa? Ini la tempat aku, at least sapa yg membaca ni tau, walaupn benda ni akan dilupai selantas masa dia tutup page aku ni, xkesah, janji ada org tau, ada kwn aku kata aku ni hati lembut, dulu aku xbleh terima dia kata mcm tuh, aku nih mat metal, mana bleh hati lembut, tp skang baru la bleh tau mcm mana sebenarnya, huhu

Agak2 bila pulak aku nk melangkah ke dunia baru yg satu lagi, zaman belajar dah tamat, zaman mengangur dah tamat, zaman bekerja baru bermula, bila agaknya aku nak mula zaman berkeluarga? Huhu, perit kalo pikir benda ni, doakan aku cepat2 ada jodoh. IsyaAllah, Amin.

Kembali aku ke kehidupan yg sunyi ni….. sendiri lagi…..bosan….nak pergi….

Labels:


!!Berdiri ditepi
( Tuesday, August 12, 2008 )

satu hari pada bulan Ogos 2008, di pagi2 hari smpai petang2 hari

Aku kena ‘standby’ (kalo dimelayukan maksud dia lebey kurang mcm ‘berdiri ditepi’) masa event kali ni, dan aku mmg berdiri ditepi saja. Kalau ada masalah baru aku dipanggil untuk selesaikan konflik antara mesin dan kemanusiaan, Konflik antara aku dan org yg utuskan aku, konflik antara mereka dan mereka yg utuskan aku. Itu tugasan diberi, aku dipertanggungjawabkan, so aku kena selesaikan.

Ada mereka yg x tgk aku sebagai berkelayakan, x tgk aku sebagai berkemampuan, sehinggalah kepuasan mereka dipenuhi, manusia mmg tamak, x kira dari segi apa pn, kita mmg tamak. Dlm tugasan aku menyelesaikan konflik, kebanyakan yg timbul bukan teknikal dan bukan mesiniari, cuma kdg2 berpunca dari intelektual yg minima dan egoisme yg maksima. Aku x boleh berkata apa2, cuma menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kepuasan hati mereka. (secara x langsung menjaga reputasi kompeni dan maruah diri, heheh.)

Masih ada beberapa hari lagi aku kena berterusan mcm ni, sapa nk jadi pengganti? Aku mmg x boleh bersosial dlm dunia mereka yg dipenuhi ilmuwan2 dgn tahap intelek yg tggi, rasa mcm diri ni kecik sgt, aku dah x sabar…dah x boleh…dah……

Labels:


!!luangkan masa dgn membuang masa
( Monday, August 04, 2008 )

Teringin nk luahkan perasaan tntang idea yg mengatakan main permainan video adalah membuang masa. Td tgh baca Harian Metro, kt situ terang2 kata lepak2 di cyber cafe adalah MEMBUANG MASA. Kenapa kita x bleh nampak yg main permainan video sebagai satu hobi untuk MENGISI MASA LAPANG. aku seorg pemain permainan video, dah tentu aku x senang org kata aku main 'video game' sebagai membuang masa. Aku main bila aku ada masa lapang, salahkah benda tuh?

Kalo nak kategorikan hobi berunsur hiburan sebagai membuang masa, jadi, bagaimana dgan mereka yg suka menonton TV? xkira la apa yg dia tonton, asalkan ada masa dia luangkan untuk menonton TV, adakah itu juga dikira membuang masa? heh, bagaimana pulak dgn mereka yg hobinya membaca? adakah mereka juga membuang masa? x, mereka mengisi masa lapang. bagaimana dengan mereka yg hobinya mengumpul setem? bagaimana dgn yg hobinya melukis? bagaimana dgn yg hobinya memancing? apa sekalipn, semuanya lebih baik daripada hanya duduk tepi tangga kunyah cikedis, lebih baek daripada duduk kedai kopi hisap rokok mengumpat org, lebih baik daripada hanya tidur

bezanya hobi ni, berfaedah dengan x berfaedah ja, mmg bermain permainan video ni kadang2 xda faedah pn, aku x nafikan, tp sekadar mengisi masa lapang, kalo mereka yg asik dgn rancangan realiti TV, ada faedahkah semua tuh? tp, hanya mengisi masa lapang, apakah salahnya?

tp, pada mereka yg xabeh2 dgn 'video game' smpai benda2 lain pn x jadi, itu dah cukup kronik, kalo kes mcm ni baru aku akan kata dia buang masa, sebab tuh aku kata hobi untuk meluangkan masa, bukan untuk menghabiskan masa. jgnlah trus2 kategorikan main 'video game' sebagai membuang masa. x profesional langsung pemikiran kamu.

so, bg aku satu contoh hobi yg bukan merupakan hiburan kepada individu, dan jugak x bleh dikategori sebagai membuang masa? sila, aku tggu.

Labels: