!!Menjadi Pengguna Bijak (Edisi Jimat Petrol)
( Wednesday, July 09, 2008 )
Entry kali ni adalah kerana gesaan seorg rakan, dan kebanyakan suma idea dia dari dia, byk cara bleh kita usahakn utk jimat petrol ni, jom kita tinjau2kan
Pastikan Tayar Kereta Dalam Keadaan Terbaik
Kenderaan yg tayarnya kureng angin memerlukan lebih power utk bergerak, jadi ia menggunakan lebey bahan bakar.
Pastikan Minyak Pelincir Dalam Keadaan Terbaik
Enjin kenderaan yg x penah ditukar pelincirnya akan mggunakan lebey bahan bakar, contoh terbaik, lori2 pengankutan yg asapnya hitam amat, kenderaan selalu digunakan, enjin jarang servis.
Elakkan Selalu Memecut
Kepada mat2 rempit, xkira la rempit kereta atau motor, saya cadangkan bersara dripada pembuatan itu, kita start dgn memandu perlahan, biar org nikmati penampilah kenderaan anda pula, bukan stakat ke'tereran' memandu sahaja.
Elakkan Membrek Selalu
Pembuatan selalu membrek sebenarnya juga memakan petrol, kerana enjin dari pada keadaan perlahan dilajukan kembali, tp kalo dah nk langgar org, jgn x brek plak.
Jangan Overloadkan Kenderaan
Jangan lebihkan muatan kenderaan, lebih muatan, lebih penggunaan minyak
Ubah Cara Bergerak
Yg dulu naik kereta, skang naik motor, yg dulu naik motor, skang naik basikal, yg dulu naik basikal skang naik basikal lg la, basikal bukan pakai petrol pon, atau lebih ekstrem, suma jalan kaki
Guna Kenderaan Awam
Ini adalah extended version kepada Ubah Cara Bergerak, kalo jalan kaki, agak mustahil nk bergerak ke jarak yg agak jauh, contoh: KLCC – KLIA, so, guna kenderaan awam, ada tren, ada teksi, ada bas, ada beca, ada bot, ada sampan, ada kereta lembu(di tmpat2 tertentu), pilih yg boleh membantu ke destinasi
Kongsi Kenderaan
Kalo rakan serumah atau setaman bekerja ditempat yg sama mahupun lain2 tingkat atau lain2 banggunan, bolehlah berkongsi kenderaan, bukan takat kenderaan sahaja dikongsi, bayaran tol dan belian minyak petrol jugak boleh dikongsi, jimat kos
Rendahkan CC Kenderaan (dan ego sendiri)
Kalo skarang anda memandu BMW atau Mercedes yg berkapasiti enjin melebihi 2000cc, pandulah pula kenderaan anak perempuan anda yg pasti kapasiti enjinnya lebey rendah dari kenderaan anda, ingat, lebih rendah cc lebih rendah penggunaan petrol, kalo boleh, cari kenderaan yg kapasiti enjin yg hanya ratusan, contoh: Kancil -900cc, Honda EX5 –150cc
Gunakan Bahan Bakar Alternatif
Utk kenderaan petrol, Natural Gas for Vehicle (NGV) adalah bahan bakar alternatif yg mendapat sambutan, buat masa sekarang, harganya amat murah dan sering digunakan oleh industri pengangkutan terutama teksi dan logistik. Pemasangan sistem nya agak mahal, tetapi hanya satu kali pasang, berbaloi utk mereka yg byk menggunakan kenderaan. Tetapi, saya yakin harganya akan melonjak naik jika penggunaanya meningkat.
Gunakan Gadjet Penjimatan Minyak
Byk gadjet2 penjimatan minyak dipasaran sekarang, cari yg mana boleh diyakini, dan guna, tp use at your own risk. Saya x mo promote mana2 produk, saya berhaluan tengah dan takut kena backfire, haha. D:
Keluar Bila Perlu
Ini paleng penting, keluar bila perlu, bukan keluar bila mahu, tp boleh diguna pakai oleh mereka yg bekerja dirumah sahaja, untuk yg kerja diopis, mmg perlu keluar untuk keopis,
Menumpang Kenderaan Lain
Ini sesuatu yg amat berlainan dgn berkongsi kenderaan, anda boleh menumpang apa jua jenis kenderaan tanpa mengeluarkan apa2 perbelanjaan, jnji kena jadi muka tebal, dan harus diingat risiko yg mgkin dihadapi, nnt nak menumpang balek kerumah, jadi kes culik pulak, jd pilih org yg nk ditumpang dgn bijak dan berhati2, juga dinasihatkan, jgn menumpang org yg sama secara berkala, nnt mereka sakit hati, dan mula mengenakan bayaran, baru padan muka, :D
Guna Kenderaan Hybrid
Kenderaan Hybrid telah dibuktikan dpt menjimatkan petrol sehingga 30%, tetapi harga sebuah kenderaan Hybrid berharga lebih 300% dari harga kenderaan biasa, terpulang kepada pandangan pengguna, org kaya mgkin boleh segera mempraktikkan cadangan ini, tetapi bg org kaya, kenaikan harga bahan bakar mgkin bukan isu, saya pn x tahu, saya bukan org kaya
Ini saja yg mampu saya coretkan, mgkin anda apa ada2 cadangan lain? Sila tgglkan komen. Sekian