!!Aku bukan cinta mu……
( Monday, December 01, 2008 )
Aku bukan cinta mu kerana paras rupa mu yang ayu,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau kepudaran rupa,
Pudar juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cinta mu kerana suara mu yang merdu,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau membisu,
Bisu juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cinta mu kerana hati mu yang baik,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau marah berhasad dengki,
Marah dan berdengki juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cintamu kerana ibadah mu yang sempurna,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau kadang-kadang terleka,
Leka juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cintamu kerana senyum mu yang manis,
Kalau cintaku begitu, nanti bila kau sebak,
Sebak juga cintaku kepadamu.
Aku bukan cintamu kerana harta mu yang ada,
Kalau cintaku begitu, nanti bila harta kau tiada,
Tiada juga cintaku kepadamu.
Aku cintakan mu kerana kau kamu,
Bukan Siti Khadijah,
Bukan Aishah,
Bukan Saodah,
Bukan Zainab,
Bukan Zhulaikha,
Aku cintakan mu kerana kau kamu,
Aku ingin mendekati syurga,
Dengan kau menemani ku.
Aku cintakan kamu.
Labels: carut, cinta, dia, karut, life, rants