- HEAR me -

I saw you look away
Is what you've seen too much to take
Or are you blind and seeing nothing?

-Bullet For My Valentine : Hands Of Blood-

My heart is worn out to keep beating
My lungs exhausted by all this breathing
My mind's too tired to keep grieving
My throat is too sore for more screaming
My eyes too swollen for more weeping
My wounds are too dry for more bleeding
My blood too drained for more streaming

-Sentenced : My Slowing Heart-

-My Cloud-

This is

.blogspot.com

You sure you didn't ended up here by accident?



READERS?


!!Sendirian
( Friday, June 11, 2010 )

“Okay, so, module kita untuk harini habis kat sini je” ayat lazim aku selepas aku mengakhiri setiap sesi kelas aku. Hari ini, macam sesi-sesi kebiasaan aku, aku gunakan lebih masa dari yang sepatutnya. Bukannya saja-saja aku buat mcm tu, untuk kebaikan mereka yang hadir juga. Hari ini, sesi aku tamat lebih sikit dari jam enam petang, tapi, bukannya balik lewat yang aku rungsingkan. Tadi, semasa dalam sesi aku, sikit selepas jam lima tiga puluh minit petang, berderu-deru panggilan telefon masuk. Tetapi, panggilan masuk, bukan pada telefon bimbitku, telefon-telefon mereka yang menghadiri kelas aku yang berderu-deru bersaing bunyi. Masing-masing ungkapkan ayat yang lebih kurang begini bunyinya “Kelas belum habis lagi lah, tunggulah kejap”.

Macam ayat aku di permulaan tadi, balik lewat bukan jadi rungsingan. Yang aku runsing ialah telefonku, tidak ada pun ia berlagu-lagu memanggil aku untuk menjawab panggilan. Aku berfikir sejenak, mungkin kerana telefon itu telah aku diamkan ia, seperti setiap sesi-sesi aku, aku pinta kepada mereka yang hadir untuk diamkan telefon-telefon mereka, tidak ada maksudlah jikalau aku pula tidak mendiamkan telefonku. Walaupun begitu, tidak pula telefonku menari-nari bergetaran, mengisyaratkan aku yang ada panggilan masuk. Aku berfikir lagi sejenak, mungkin ia ada bergetaran, tetapi tidak aku sedari kerana aku sedang berpusing memantau aktiviti didalam sesi aku. Lantas aku buka tutupan depan telefon bimbitku, aku tenung ke skrinnya, tiada pula apa-apa bentuk notifikasi yang menyatakan aku ada terlepas panggilan, mahupun aku ada mesej yang belum dibuka baca.

Lagi sejenak aku duduk berfikir, dan baru aku sedar, rupanya kehidupan aku ini, sangat sunyi. Apa-apaan yang aku lakukan, kebanyakan masanya, aku lalui sendiri. Bangun pagi, sendirian. Bertolak ke pekerjaan, sendirian. Makan pagi, makan tengahari, Alhamdulillah, ada rakan sepekerjaan yang sering menemani. Makan malam, sendirian. Atau kadang dengan kakak dan adikku. Malam, dirumah, melayan hiburan, juga sendirian. Bosan aku dengan sendirian lagi.

Sampai peringkat umur begini, aku dah mula terasa ingin nak berkongsi kehidupan, persoalannya, bersediakah aku?

Bersediakah aku nak berkongsi kehidupan? Dengan harapan orang yang aku kongsi hidup aku ini, bakal berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Bersediakah aku nak dipertanggungjawabkan? Bila berkongsi kehidupan, aku sebagai kaum adam, akan dijadikan ketua, akan dipertanggungjawabkan didalam keluarga.

Aku ingin sangat, tetapi untuk dua soalan diatas, aku belum mampu beri jawapan Ya, sambil membidang dada. Oh, lemah.

Akan aku jadikan kau yang halal untuk aku, suatu hari nanti. InsyaAllah. Amin.

!!Setahun.
( Tuesday, June 01, 2010 )

Wow. pejam celik pejam celik. dah setahun aku dengan employer skang. huhu. cepat sungguh masa berlalu. sedar x sedar, byk jugak bunga dan duri yg kena tempuh dlm perjalanan ni.

apa2 pon. aku doakan yg terbaik kat semua. semoga benda2 negative x menimpa kita dan boleh kita elakkan semahunya. n harap jugak workload xde la byk mcm skang, penin palo den. n aku harap jugak gaji bleh naik. haha. mesti demand oo, Joker ckp, if youre good at something, don't do it for free. skang ni dah ura2 suma subsidi nk kena phased out, expenses sure akan bertambah2, n apalah salahnya aku mengharap dpt bayaran yang lebey baik. moga semua ni jadi kenyataan. amin.